Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap         sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check         sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak         dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya,         mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat         islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti         dulu.
Golongan 1. 
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat         islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak         tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik         kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam         Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia         masih yakin sembahyang itu fardu.  
         Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan  3.
 Orang yang mengerjakan sembahyang,         bahkan tahu  ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak         boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi         mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada         masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan         terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,         berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak         sembahyang.Orang ini jatuh fasik.  
         Golongan  4. 
Orang yang sembahyang, kalaupun         ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau         diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang         dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu         sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu         disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal         saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam         sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam         sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail         bagi orang ini.
         Golongan 5. 
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup         lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan         sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi         tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih         melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham         saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan         sebagai sembahyang awamul muslimin.  
         Golongan 6. 
Golongan ini baik sedikit dari golongan         yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam         sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai         pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,         teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila         teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah         semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk         menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam         sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya.         Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.         Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya         bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan         cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada         kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang         sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah,         mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya,         namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya         sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum         lagi cinta orang ini.
         Golongan 7. 
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang         tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap         lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak         terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga         pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang         difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi         sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,         menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti         perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi         sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam         sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh /         golongan abrar / ashabul yamin.
         Golongan 8.
 Golongan ini seperti juga golongan tujuh         tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja         faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,         malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan         sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya,         doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap         sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati         sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun         sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam         sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada         gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan         golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )  
         Golongan 9. 
Golongan ini adalah golongan yang         tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan         saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang         malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau         ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin         sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana         dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk         hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti         sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.         Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka         didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah         mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin         lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan         dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak         mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk         ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya         langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.         Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan         yang benar dan haq.  
         Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah         diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.         Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di         akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah         bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan         dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak         kembali daulah Islam.

No comments:
Post a Comment